Friday, 5 August 2011

~ FRIENDSHIP ~

My new entri. Lama tak update as i am not feeling well. So,entri kali nie tentang seorang sahabat.Eh bukan!tentang persAHAbataN...
Sebenarnya dah lama aku terfikir nak keluarkan post tentang nie tapi baru sekarang aku dapat idea.
Aku nak jadikan post nie sebagai permulaan blog aku hari nie
FRIENDSHIP

       Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa selain family
kecuali diri sendiri tetapi dalam bersendirian,
kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yanh memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keiklasan dan kejujuran,
Seorang sahabat, begitulah juga dia. tetapi kita sering terlupa akan hal itu. cuma mengambilkira tentang harapan dan perasaan kita.
kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapannya untuk membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak dileputi.
Kita diberi beribu alasan untuk memaksa dia menerima alasan kita.
Waktu itu terfikirkah kita perasaannya...?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa...tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami.
Yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan.

  Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masaalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga kadang2 kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa rasa takutnya..?
pernahkah kita menerangkan sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.
Ikhlaskah kita mendengar kejayaan dan berita gembiranya? mampukah kita menjadi sumber kekuatan sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah,
agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan...???


   Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut,
Ada rasa bimbang,
Sedih dan kecewa..
Dia juga ada kelemahan dan dia juga memerlukan seorang sahabat 


Sabagai keKUAtan...
Jadilah kita sahabatnya itu
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak 
setabah yang kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan ...
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpul seribu ketakutan ..
Kita tidak tahu tetapi .. jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu..

RENUNGILAH....
 HARGAILAH SEBUAH PERsahaBATAN KERana DI sebaLIKNYA TERsimpuN SEGAla-GalanYA... 

No comments:

Post a Comment